Wednesday, July 29, 2009

Cinta Sejati...

Tuhan itu Maha Kaya,
Dia tau yang mana baik dan yang mana buruk,
Sesungguhnya kita insan yang kerdil ini hanyut dibuai mimpi,
Tenggelam ditengah-tengah kaca yang dilihat sebagai intan,
Tidak hiraukan kata hati kecil yang bersuara disebalik dinding-dinding ego.

Setialah pada hati dan cinta yang telah dimiliki,
Jangan sesekali mengkhianati dan lari dari apa yang hadir pada diri,
Cuba atasi dengan kekuatan dan makna cinta sejati,
Oh hati, engkau telah ku sakiti,
Oh cinta, engkau telah ku nodai,
Maaf kan aku sekali lagi,

Aku berjanji tidak akan ulangi perkara ini..

Wahai cintaku,
Akan ku tutup pintu gerbang mu yang indah ini,
Tidak akan ku benarkan sesiapa pun yang masuk lagi,
Cukupla apa yang telah aku lalui,
Penuh dengan perasaan bersalah yang tidak henti,
Memungkiri janji yang telah dipatri.

Akan ku jaga cinta dan hati,
Untuk insan yang amat ku sayangi,
Adat bercinta pasang surut, pahit manis, hujan dan panas telah direnangi,
Itu lah yang akan aku pertahankan,
Walaupun ketika dan masa tiada siapa yang tahu,
Apa yang akan berlaku dikemudian hari,
Tetapi aku tetap akan simpan dan percaya akan cinta sejati,
Tiada yang dua, tiga...akan ku bawa ke mati...



Tuesday, July 28, 2009

C.I.N.T.A

Cinta,
Indahnya sehingga membuatkan aku ralit dibuai bibit yang sangat indah,
Meneroka hati dan seluruh jiwa dan ragaku,
Hidupku diselubungi bunga-bunga indah,
dan disulami dengan kata-kata serta gurauan yang manja,
Sehingga tidak ku pedulikan kata hati kecil ku,
yang ingin ku menolak perasaan ini sejauh yang mungkin.

Cinta,
Datangnya tidak ku pinta,
Perginya tidak pula ku ingini,
Meraih simpati dari seseorang yang ingin menyentuh perasaan sunyi ku ini,
Di kala hati dan saat ini,
Mendambakan perhatian dari hati yang mungkin tulus memberinya,
Aku keliru...

Cinta,
Dikala hatiku berada di ufuk timur,
Jauh dari hati dan perasaan bagi yang lain,
Kerana hati dan cintaku ini milik orang lain,
Tapi tidak ku sedar bahawa ada satu perasaan yang mungkin aku abaikan selama ini,
Muncul entah dari mana yang turut membawa aku bersama-sama,
Menyulam dan menyahut perasaan yang lain...

Cinta,
Aku berdosa,
Mengkhianati cinta yang aku miliki selama ini,
Mungkin kerana hati ku sudah mati sedikit,
Sudah ada perasaan hambar walaupun amat dikit,
Yang memungkinkan yang lain datang mengusik,
Oh, apakah yang harus lakukan...

Cinta,
Kau menguji aku dikala ini,
Pergilah ke tempat lain yang mungkin lebih warna warni,
Ceria, dan boleh menerima mu dengan keadaan yang lebih terbuka,
Tidak seperti diriku sekarang ini,

Walaubagaimana pun aku amat berterima kasih,
Pada mu yang sudi singgah walau hanya untuk seketika,
Sesungguhnya aku tidak mahu mengkhianati satu cinta suci yang sudah aku miliki ini,
Maafkan aku...

Monday, July 27, 2009

3 Bestari SK Salak South





Kerenah pelajar-pelajar 3 Bestari SK Salak South,


Apabila aku masuk kelas jer..budak2 ni bangun dan beri salam pada aku. Kadang-kadang tersasul jugak mereka dengan nama aku..tertukar dengan seorang ustazah yang nama kami kebetulan serupa. cuma title kat depan je beza..satu Puan, satu lagi Miss..(aku la tu).



Tapi tak pelah aku x kisah sangat...ni budak2 kelas ni bagus semuanya. Cuma aktif ckit. Especially Shafie. Aku ajar kat depan dia duk 'ajar' kawan dia kat belakang (main). Aku suruh duk diam sekali, x sampai 3 minit dia main balik. 10 kali aku suruh diam 10 kali la jadi mcmtu. aku pun kadang-kadang boleh naik hangin jadi nye. Geram sangat aku suruh je berdiri sampai aku soalan suruh jawab. Kadang-kadang aku pulas je telinga.



Yang pompuan plak stail suka jerit. Time aku suh jawab soalan..fuhhh..bukan main sume nak jawab. Mula la yang pompuan sotrang dua tu suara mcm recorder kalu ditiup dengan kuat..bingit. Last2 dengan aku2 skali jerit (suh diam!).



Letih tul ajar budak2 nih. Best memang best. Aku bagi soalan (worksheet) sume boleh jwab walaupun ada sesetengah tu main taram je jawab. Tapi nak manage class control...mak datuk...aku pon naik pening dengan budak2 nih. Aku rase dah garang dah tapi diorang cakap aku baik! hmmm...xtau lah nak cakap ape.



Ni lah budak2 yang aku slalu panggil 'hantu'..nak tau nape? Sebab tiap kali aku bagi worksheet and hantar..ade je malaun yang x tulis nama kat kertas tuh. Tu yang aku panggil 'hantu' tu..



Walau ape pun..aku suke budak2 nih..sporting.



Kat bawah ni gambar2 anak-anak 'hantu' aku yang cute2...


















Whatever la class....

Saturday, July 25, 2009

Pangkor Trip..






Hey guys,


These are some pictures for you to have a look. These pictures were taken on my trip to Pangkor on last holiday.




If you can recognize the people in there, well...later you will be one of the member in the there. So please join whatever program we have...please, please ya..




See you soon..










Friday, July 10, 2009

Sekolah Kebangsaan Salak South...

Practicum is not that bad as I think before. It is a stage where I can learn new things and what is actually teachers' world. I'm doing my practicum in SK Salak South. This school is a very nice school. The teachers are all nice and friendly to me. They give me advice and teach me whatever is necessary..

The headmaster is a nice person. En. Amin Bin Abu..a funny and open minded person. He can talk for long hours if you want him to. But En.Amin is really an understanding person and cares for his school family. I really respect him. Same thing goes to PK1, PK2 and Ko-Kurikulum..Mr. Mah.

For the teachers in the staff room, I really enjoy being among you..I learn alot of things with you. Kak Yan with her happy and cheer face,..if she's not in the school, it will be very dull...the staff room will be abit quiet...

Ms.Wong...thanks for everything. You are really one of the best Co-ordinator teacher I've known or heard. I think I'm honoured to have you as my Co-ordinator teacher. You give me guide and advice me when I'm lost. As far as I know from my other friends in other school, you are the best. Thank you again. I'll never forget that.


SK Salak South...Thank you very much!!