Tuesday, July 28, 2009

C.I.N.T.A

Cinta,
Indahnya sehingga membuatkan aku ralit dibuai bibit yang sangat indah,
Meneroka hati dan seluruh jiwa dan ragaku,
Hidupku diselubungi bunga-bunga indah,
dan disulami dengan kata-kata serta gurauan yang manja,
Sehingga tidak ku pedulikan kata hati kecil ku,
yang ingin ku menolak perasaan ini sejauh yang mungkin.

Cinta,
Datangnya tidak ku pinta,
Perginya tidak pula ku ingini,
Meraih simpati dari seseorang yang ingin menyentuh perasaan sunyi ku ini,
Di kala hati dan saat ini,
Mendambakan perhatian dari hati yang mungkin tulus memberinya,
Aku keliru...

Cinta,
Dikala hatiku berada di ufuk timur,
Jauh dari hati dan perasaan bagi yang lain,
Kerana hati dan cintaku ini milik orang lain,
Tapi tidak ku sedar bahawa ada satu perasaan yang mungkin aku abaikan selama ini,
Muncul entah dari mana yang turut membawa aku bersama-sama,
Menyulam dan menyahut perasaan yang lain...

Cinta,
Aku berdosa,
Mengkhianati cinta yang aku miliki selama ini,
Mungkin kerana hati ku sudah mati sedikit,
Sudah ada perasaan hambar walaupun amat dikit,
Yang memungkinkan yang lain datang mengusik,
Oh, apakah yang harus lakukan...

Cinta,
Kau menguji aku dikala ini,
Pergilah ke tempat lain yang mungkin lebih warna warni,
Ceria, dan boleh menerima mu dengan keadaan yang lebih terbuka,
Tidak seperti diriku sekarang ini,

Walaubagaimana pun aku amat berterima kasih,
Pada mu yang sudi singgah walau hanya untuk seketika,
Sesungguhnya aku tidak mahu mengkhianati satu cinta suci yang sudah aku miliki ini,
Maafkan aku...

No comments:

Post a Comment